Friday, September 3, 2010

BookFest@Popular Malaysia -Berniaga Di Internet


Internet menjadi peperangan yang hebat dikalangan setiap ahli perniagaan pada masa kini. Terlalu banyak cara dan kaedah yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan keuntungan dan popularity produk dan perkhidmatan mereka. Ianya telah menjadi satu keperluan atau satu strategi pemasaran yang wajib digunakan dan difahami oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia.
Ianya menjadi semakin mencabar dan setiap pengusaha syarikat mendambakan cara dan pengetahuan tentang teknologi media baru ini. Kini Blogging By Million, Earn By Millions dapat membimbing anda ke arah yang anda inginkan. Buku yang lengkap dengan pelbagai tips yang pastinya terkini serta tutorial langkah demi langkah dalam meneroka kehebatan rangkaian sosial, blogging dan sosial bookmarking bagi melonjakkan perniagaan anda ke mata dunia.
Pengetahuan teknologi media baru menjadi penting apabila kebanyakan perniagaan di barat memanfaatkan kemudahan ini bagi meningkatkan keupayaan perniagaan mereka. Namun di Malaysia, kemahiran ini tidak ramai yang tahu dan memanfaatkannya. Blogging, tapping, pinging dan rangkaian sosial merupakan teknologi yang sangat popular pada masa sekarang. Amatlah saying jika kita mensia-siakan peluang untuk meneroka dan memaksimumkan kecanggihan teknologi ini dalam mengaut keuntungan.
Pendidikan tentang teknologi dalam membentuk kerjaya perlu diterapkan di dalam pelajar agar mereka menjadi lebih kreatif dalam mencipta kerjaya dan perniagaan mereka sehingga menjadi seorang e-entreprenuer yang berjaya. Langkah demi langkah bagaimana memulakan perniagaan online dan bekerjasama dengan pelbagai rangkaian sosial dan social bookmarkig diberikan dan dilatih satu per satu di dalam Blogging By Million, Earn By Millions ini.
Anda boleh dapatkan naskhah anda di mana-mana kedai buku di seluruh Malaysia mulai 15 April 2010 dan juga jika anda ingin dapatkan dalam bentuk softcopy, sila layari laman web www.blogbymillion.com untuk muat turun. Bersama-sama buku ini anda akan diberi secara percuma buku yang kaya dengan tips TOP 25 social bookmarking intelligence serta 50MB webhosting juga percuma untuk 3 bulan bagi memberi peluang anda mencuba The Taste Of Blogging. Selamat Mencuba!