Friday, September 3, 2010

Rahasia Buat Duit Dengan Blog




Bagamainakah Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog

Buku Blogging By Million, Earn By Millions ini merupakan buku panduan yang kaya dengan tips-tips terkini dan rahsia memperoleh pendapatan secara pasif melalui Blogging dan rangkaian sosial. Teknologi tanpa sempadan kini sudah tidak dapat kita nafikan kecanggihannya. Mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima dan menghadapi segala perubahan dan kemajuan ini secara positif.

Blog merupakan satu media yang dahulunya digunakan sebagai diari maya oleh kebanyakan orang. Tetapi arus teknologi berkembang dengan pesat dan blog bukan lagi sekadar diari semata-mata, malahan ianya telah menjadi seperti sebuah syarikat yang berdiri teguh dengan keuntungan yang benar-benar mengujakan. Terdapat lebih daripada 80 juta blog yang telah dilancarkan dan ramai diantara penggiat blog telah berjaya memperoleh pendapatan lumayan.

Bagaimanakah anda sebagai remaja ingin menjadi usahawan blog yang berjaya? Benarkah ianya mudah dan tidak mempunyai apa-apa risiko? Di sinilah persoalan yang sering bermain di minda sesiapa sahaja apabila ingin mencuba sesuatu yang baru. Blog bukanlah terlalu baru bagi masyarakat Malaysia, tetapi apalah gunaya jika kita mengetahui apakah itu blog tetapi tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan segala kemudahan yang ada di dalam blog itu sendiri bagi meningkatkan tahap ekonomi diri kita secara senyap.

Inilah sebab-sebab utama lahirnya Blogging By Million, Earn By Millions ini untuk anda. Ianya benar-benar membantu sesiapa sahaja yang benar-benar ingin meneroka ilmu teknologi dan berani mencabar diri untuk lebih maju dan berada di hadapan daripada orang lain. Buku ini menerangkan langkah-langkah, kaedah dan tips yang lengkap untuk anda bermula dari kosong kepada seorang yang digelar usahawan blogging. Anda tidak mempunyai asas di dalam blogging? Jangan bimbang, ianya sesuai untuk sesiapa sahaja termasuklah yang tidak familiar dengan teknologi computer dan jaringan sosial. Ianya mudah, ringkas dan terbukti berkesan!

Ikuti buku ini daripada awal sehingga akhir dan anda akan membuka minda anda dan mengangguk setuju tentang apakah kepentingan untuk mempelajari ilmu ini bagi mempertahankan diri daripada kegawatan ekonomi dan seterusnya menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Di dalam buku ini mempunyai 10 bab yang mana setiap bab menceritakan perihal masing-masing secara langkag demi langkah. Dalam bab yang pertama anda terlebih dahulu dibukakan minda untuk memahami apakah erti usahawan internet itu yang sebenarnya. Anda juga akan diberitahu bagaimana untuk memaksimakan kekuasaan internet bagi menjana pendapatan yang lumayan.

Beberapa perniagaan konvensional menjadi lebih baik semasa kegawatan ekonomi, tetapi dengan teknologi media baru, pemahaman penggunaan internet yang meliputi rangkaian sosial, blogging dan lain-lain akan muncul dengan beberapa peluang besar sebagai World Wide Web. Ianya tumbuh setiap hari dengan jutaan pengguna dengan menggunakan Internet sebagai media untuk komunikasi & perniagaan. Antara media baru ini adalah komuniti online, rangkaian sosial, streaming audio dan video, email, web iklan, teknologi cakera baru, Podcasting, vlogging, telefon internet, digital fotografi, komputer mobile dan lain-lain. Dengan segala teknologi ini, kita semua mempunyai peluang untuk membuat wang daripada internet telah terbuka luas untuk setiap individu.

Ebook ini juga menyediakan kemahiran yang paling penting untuk anda terokai dan memberikan tips-tips terkini dan bimbingan untuk anda menjalankan pemasaran internet. Langkah-langkah mudah yang dipaparkan ini akan membimbing anda kearah memahami bagaimanakah pemasaran atau perniagaan internet ini berjalan. Selain itu, saya akan memperkenalkan kepada anda langkah dan penerokaan ke dalam dunia internet di mana anda akan mempelajari bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan internet dan menggunakannya sebagai satu kemahiran untuk perlindungan kerjaya anda pada masa hadapan. Ianya akan menggandakan keupayaan anda dalam perniagaan Blogging, SEO (Search Engine Optimization) dengan menggunakan teknik-teknik yang telah terbukti berkesan

Setiap langkah-langkah dari kosong kepada kemuncaknya telah disusun dengan tertib di dalam buku ini bagi memudahkan anda memulakan perniagaan internet anda dengan hanya merujuk buku ini. Ianya benar-benar mudah dan lengkap tanpa memerlukan anda kepakaran untuk menjadikan anda seorang usahawan internet yang berjaya. Buku ini turut mendidik anda untuk berfikir seperti seorang usahawan berfikir. Untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya, bukan hanya kemahiran yang dituntut tetapi pemikiran positif dan semangat yang jitu juga diperlukan. Walaupun modal dan risiko untuk membina kerjaya di alam maya sangat rendah, tetapi jika ianya dibuat bersungguh-sungguh tidak mustahil kejayaan pasti akan datang kepada anda.

Buka mata, buka minda untuk menerima teknologi media baru ini bagi meningkatkan kehidupan dan daya saing diri. Ianya tidak merugikan malah akan menjadikannya sebagai salah satu kelebihan yang membuatkan anda sentiasa di depan berbanding rakan-rakan anda. Jadilah remaja yang berwawasan dan celik teknologi sekaligus menjadi usahawan internet yang berjaya seiring seruan kerajaan kea rah masyarakat yang lebih matang dan produktif.

source : www.blogbymillion.com